~raya kembali lagi~
HARI RAYA kini menjelang lagi..supposed banyak yang berubah..namun bila melihat kembali, ekceli tiada apa yang berubah..dia masih sama..dia juga masih sama..dia juga masih tak berubah..lantas bagaimanakah harus aku bertindakbalas??
MEMIKIRKAN TENTANG orang disekeliling aku buat aku tertekan..tertekan kerana aku turut ditarik sama kedalam suasana suram yang telah lama menyelubungi hidup kami. suasana yang x pernah nak berubah. sebab orang2 nya juga xmau memperbaiki keadaan.
NAMUN KADANGKALA aku rasa bersyukur jua..kepayahan emosi inilah yang membuat aku lebih dewasa dari usiaku..mungkin ramai melihat ak seperti kebudak2an yang tak tahu apa2. hakikatnya ak lebih bermonolog dengan diri sendiri. kerna ak malu punyai kehidupan sedemikian rupa. lantas ku simpan sorang2.
BAGUS ATAU tak itu biar ak yang tentukan. kerna aku percaya semua ini bakal berakhir tak lama lagi. aku cuma perlu bersabar kerna rahmat Allah itu tetap ada cuma lambat atau cepat je yang membezakannya.
MOGA AKU lebih tabah tuk hadapi semuanya..aminn..